Isnin, 14 September 2015

Pengurusan Masa

Kepentingan

1.    Sebagai alat mencapai matlamat
2.   Dapat menggunakan masa secara optimum
3.   Menghindari masalah stress atau tekanan
4.   Mencapai kepuasan diri
5.   Menghindari kebimbangan

Langkah-Langkah Penghayatan

1.    Perancangan jadual belajar
2.   Menyediakan jadual belajar
3.   Peningkatan produktiviti
4.   Pengukuran prestasi



Image result for masa itu emas

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Penetapan Matlamat Diri dan Akademik


Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang tajuk ini, mari kita lihat maksud penetapan matlamat. Penetapan matlamat ialah satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai kerana ia sama penting seperti kemahiran membaca, menulis dan mengira, iaitu kemahiran asas yang diperkenalkan kepada anak-anak kita yang masih kecil.

  • Penetapan metlamat jangka panjang dan jangka pendek yang jelas membolehkan anda untuk mengukur tahap kemajuan anda dan mencapai kepuasan peribadi apabila anda telah berjaya mencapai matlamat anda kelak.
  • Matlamat yang jelas dan spesifik adalah lebih baik dari matlamat yang mudah.
  • Penepatan maklumat jangka panjang dan jangka pendek yang jelas membolehkan anda untuk mengukur tahap kemajuan anda dan mencapai kepuasan peribadi apabila anda telah berjaya mencapai matlamat anda kelak.


Image result for smiley

Jumaat, 11 September 2015

Pembelajaran Regulasi Kendiri

hari ini kita akan lihat dengan lebih lanjut berkaitan pembelajaran regulasi kendiri.....

Definisi pembelajaran regulasi kendiri
 Pembelajaran regulasi kendiri merupakan suatu proses pembelajaran di mana pelajar:
  • menentukan sendiri matlamat pembelajaran masing-masing
  • memilih alat bantu belajar mereka sendiri
  • menggunakannya dalam pembelajaran mereka
  • mengkaji dan menilai pendekatan pembelajaran dan hasil usaha mereka untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu

 7 elemen dalam proses pembelajaran regulasi
  1. MOTIVASI KENDIRI- motivasi kendiri pelajar untuk belajar dengan berkesan. pelajar akan bermotivasi jika mereka mempunyai kualiti kendiri yang tinggi berhubung dengan kebolehan mereka menyudahkan tugasan pembelajaran dengan jayanya
  2. PERANCANGAN MASA- membantu pelajar merancang kaedah ynag terbaik untuk menggunakan masa yang ada bagi sesuatu tugasan. pelajar merancang lebih awal tugasan dan menggunakan masa dengan berkesan untuk mencapai matlamat
  3. PENGAWALAN TUMPUAN- memaksimumkan tumpuan terhadap tugasan pembelajaran. cuba fokuskan tumpuan pada isi-isi pelajaran yang ada dan hindari fikiran dan emosi daripada terganggu dan tidak fokus
  4. APLIKASI STRATEGI PEMBELAJARAN- pelajar memilih dan menggunakan dengan betul cara untuk memproses bahan yang diperolehi. memilih strategi belajar yang berbeza bergantung pada matlamat khusus yang ingin dipenuhi
  5. MENETAPKAN MATLAMAT- mengenal pasti kesudahan yang diingini untuk aktiviti pembelajaran. pelajar perlu tahu perkara yang mereka mahu apabila belajar iaitu: mereka mungkin mahu belajar fakta dengan lebih spesifik atau hanya untuk mendapatkan pemahaman secukupnya untuk persediaan peperiksaan
  6.  PEMANTAUAN KENDIRI- pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa untuk melihat sama ada terdapat sebarang perkembangan dalam mencapai matlamat. sentiasa memantau perkembangan semasa aktiviti pembelajaran dan mengubah strategi pembelajaran jika perlu
  7. PENILAIAN KENDIRI- pelajar menilai sendiri hasil akhir daripada aktiviti pembelajaran. pelajar menentukan sanma ada apa yang dipelajari adalah mencukupi untuk matlamat yang telah ditetapkan

3 aspek umum akademik dalam pembelajaran regulasi kendiri
  • kawalan akhlak kendiri
  • kawalan motivasi kendiri
  • kawalan strategi kendiri 

Gaya pembelajaran akses kendiri
  • pembelajaran akses kendiri (PAK) ialah satu program yang memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, cara dan tempoh belajar
  • murid belajar secara kendiri melalui bahan pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau perkembangan sendiri
  • murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran mereka

Persekitaran Pembelajaran di IPG

Assalamualaikum semua.....
Hari ini saya akan berkongsi sedikit tentang persekitaran pembelajaran di IPG. Sebelum itu, pasti ada pembaca yang sebenarnya tidak tahu apa itu IPG.

IPG iaitu singkatan kepada Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal-bakal guru. Bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Khusus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Khusus Dalam Cuti (KDC), Khusus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Khusus Pendek Kelolaan Institut (KPKI).

Pelajar KPLSPM yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke IPG ini telah dipilih berdasarkan beberapa temuduga dan ujian. Pelajar KPLSPM yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG. Jadi jangan ingat nak jadi seorang guru tu satu kerja yang mudah... Banyak tapisan yang perlu dilalui sebelum berjaya ditempatkan di IPG.

Persekitaran dan budaya pembelajaran di IPG adalah jauh berbeza dengan situasi yang kita semua alami ketika berada di alam persekolahan. IPG adalah suatu jenama untuk membentuk dan melahirkan guru yang mengamalkan dimensi budaya seperti yang berikut:



  1. BUDAYA ILMU 
  • Pembelajaran sepanjang hayat
  • Berilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini (syumul)
  • Menguasai, mengamal, menghayati dan berkongsi ilmu
  • Menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu
  • Mengamalkan penyelidikan
    2. BUDAYA KEPIMPINAN
  • Kebolehan membuat keputusan 
  • Pemikiran reflektif
  • Berupaya menyelesaikan masalah
  • Menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan 
  • Mewujudkan komuniti belajar sepanjang hayat
  • Menyediakan pelbagai cara untuk mentafsir dan menilai pembelajaran
  • Menyediakan sumber dan sistem untuk membantu dan menyokong pembelajaran
  • Kesetiaan kepada organisasi
  • Menepati masa, cekap, tepat dan mematuhi prosedur
  • Menitikberatkan kerja sepasukan dala, menjayakan aktiviti organisasi
   3. BUDAYA AKHLAK DAN MORAL
  • Sentiasa bersyukur
  • Merendah diri (tawaduk)
  • Redha dengan qada dan qadar
  • Taqwa
  • Ikhtiar dan doa
  • Mematuhi etika
   4. BUDAYA PENYAYANG
  • Keprihatinan dengan makhluk
  • Sayang diri, keluarga dan masyarakat
  • Sayang akan profesion
  • Sayang akan alam sekitar
  • Sayang akan warga dan organisasi
  • Sayang akan negara
  • Kesihatan dan Kecergasan fizikal
  • Kematangan emosi
  • Ketenangan rohani dan bertaqwa
  • Keterbukaan minda, positif, matang dan rasional
  • Persekitaran mesra
   5. BUDAYA ESTETIKA
  • Kehalusan budi
  • Keunggulan peribadi
  • Kesempurnaan kerja
  • Keindahan kebudayaan dan bangsa
  • Keindahan persekitaran
Itulah diantara serba sedikit nilai yang dapat dipupuk apabila kami berada di IPG..Jadi, kepada adik-adik lepasan SPM yang berminat hendak menjadi guru bolehlah memohon untuk sambung belajar di IPG kerana guru-guru lepasan IPG sering menjadi rebutan sekolah-sekolah kerana kualiti yang mereka tonjolkan...
Setakat ini sahaja coretan yang dapat saya kongsikan pada hari ini.
Semoga berjumpa lagi.....

Selasa, 1 September 2015

PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR

  • Dalam melaksanakan pengajaran, guru perlu sentiasa mengintegrasikan kemahiran - kemahiran generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif dan kritis, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai supaya dapat dikuasai oleh pelajar.

  • Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir, guru perlu menggunakan teknik-teknik pengurusan pembelajaran yang sesuai dengan pelajar.

  •  Prinsip-prinsip lain pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM juga perlu diambil kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Ini bermula daripada proses menentukan bahan yang optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan seterusnya memproses maklumat.