PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR
- Dalam melaksanakan pengajaran, guru perlu sentiasa mengintegrasikan kemahiran - kemahiran generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif dan kritis, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai supaya dapat dikuasai oleh pelajar.
- Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir, guru perlu menggunakan teknik-teknik pengurusan pembelajaran yang sesuai dengan pelajar.
- Prinsip-prinsip lain pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM juga perlu diambil kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Ini bermula daripada proses menentukan bahan yang optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan seterusnya memproses maklumat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan