Jumaat, 11 September 2015

Pembelajaran Regulasi Kendiri

hari ini kita akan lihat dengan lebih lanjut berkaitan pembelajaran regulasi kendiri.....

Definisi pembelajaran regulasi kendiri
 Pembelajaran regulasi kendiri merupakan suatu proses pembelajaran di mana pelajar:
  • menentukan sendiri matlamat pembelajaran masing-masing
  • memilih alat bantu belajar mereka sendiri
  • menggunakannya dalam pembelajaran mereka
  • mengkaji dan menilai pendekatan pembelajaran dan hasil usaha mereka untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu

 7 elemen dalam proses pembelajaran regulasi
  1. MOTIVASI KENDIRI- motivasi kendiri pelajar untuk belajar dengan berkesan. pelajar akan bermotivasi jika mereka mempunyai kualiti kendiri yang tinggi berhubung dengan kebolehan mereka menyudahkan tugasan pembelajaran dengan jayanya
  2. PERANCANGAN MASA- membantu pelajar merancang kaedah ynag terbaik untuk menggunakan masa yang ada bagi sesuatu tugasan. pelajar merancang lebih awal tugasan dan menggunakan masa dengan berkesan untuk mencapai matlamat
  3. PENGAWALAN TUMPUAN- memaksimumkan tumpuan terhadap tugasan pembelajaran. cuba fokuskan tumpuan pada isi-isi pelajaran yang ada dan hindari fikiran dan emosi daripada terganggu dan tidak fokus
  4. APLIKASI STRATEGI PEMBELAJARAN- pelajar memilih dan menggunakan dengan betul cara untuk memproses bahan yang diperolehi. memilih strategi belajar yang berbeza bergantung pada matlamat khusus yang ingin dipenuhi
  5. MENETAPKAN MATLAMAT- mengenal pasti kesudahan yang diingini untuk aktiviti pembelajaran. pelajar perlu tahu perkara yang mereka mahu apabila belajar iaitu: mereka mungkin mahu belajar fakta dengan lebih spesifik atau hanya untuk mendapatkan pemahaman secukupnya untuk persediaan peperiksaan
  6.  PEMANTAUAN KENDIRI- pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa untuk melihat sama ada terdapat sebarang perkembangan dalam mencapai matlamat. sentiasa memantau perkembangan semasa aktiviti pembelajaran dan mengubah strategi pembelajaran jika perlu
  7. PENILAIAN KENDIRI- pelajar menilai sendiri hasil akhir daripada aktiviti pembelajaran. pelajar menentukan sanma ada apa yang dipelajari adalah mencukupi untuk matlamat yang telah ditetapkan

3 aspek umum akademik dalam pembelajaran regulasi kendiri
  • kawalan akhlak kendiri
  • kawalan motivasi kendiri
  • kawalan strategi kendiri 

Gaya pembelajaran akses kendiri
  • pembelajaran akses kendiri (PAK) ialah satu program yang memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, cara dan tempoh belajar
  • murid belajar secara kendiri melalui bahan pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau perkembangan sendiri
  • murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran mereka

3 ulasan:

  1. Regulasi kendiri adalah proses di mana seseorang pelajar secara kendiri menilai, memantau keadaan semasa dan membuat penambahbaikan untuk mencapai tahap yang optima dalam pembelajaran (Zimmerman, 1989). SRL merujuk kepada proses, di mana pelajar mengunakan regulasi kendiri, mengekalkan strategi kognitif, metakognitf dan tingkahlaku dalam mencapai kejayaan akademik (Ramdass & Zimmerman, 2011) dan strategi pembelajaran ini bergantung kepada keupayaan pelajar merangsang pemikiran mereka sewaktu proses pembelajaran, mengekalkan pemikiran mereka dalam tindakan dan emosi bagi mencapai sasaran yang telah mereka tetapkan (Nota, Soresi & Zimmerman, 2004).

    BalasPadam
  2. apakah jenis sokongan bagi mempromosikan pembelajaran regulasi kendiri terhadap murid-murid?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba tengok pembelajaran abad ke-21 , kat situ ada kaitan dengan pembelajaran regulasi kendiri

      Padam