Jumaat, 11 September 2015

Persekitaran Pembelajaran di IPG

Assalamualaikum semua.....
Hari ini saya akan berkongsi sedikit tentang persekitaran pembelajaran di IPG. Sebelum itu, pasti ada pembaca yang sebenarnya tidak tahu apa itu IPG.

IPG iaitu singkatan kepada Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal-bakal guru. Bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Khusus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Khusus Dalam Cuti (KDC), Khusus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Khusus Pendek Kelolaan Institut (KPKI).

Pelajar KPLSPM yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke IPG ini telah dipilih berdasarkan beberapa temuduga dan ujian. Pelajar KPLSPM yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG. Jadi jangan ingat nak jadi seorang guru tu satu kerja yang mudah... Banyak tapisan yang perlu dilalui sebelum berjaya ditempatkan di IPG.

Persekitaran dan budaya pembelajaran di IPG adalah jauh berbeza dengan situasi yang kita semua alami ketika berada di alam persekolahan. IPG adalah suatu jenama untuk membentuk dan melahirkan guru yang mengamalkan dimensi budaya seperti yang berikut:



  1. BUDAYA ILMU 
  • Pembelajaran sepanjang hayat
  • Berilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini (syumul)
  • Menguasai, mengamal, menghayati dan berkongsi ilmu
  • Menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu
  • Mengamalkan penyelidikan
    2. BUDAYA KEPIMPINAN
  • Kebolehan membuat keputusan 
  • Pemikiran reflektif
  • Berupaya menyelesaikan masalah
  • Menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan 
  • Mewujudkan komuniti belajar sepanjang hayat
  • Menyediakan pelbagai cara untuk mentafsir dan menilai pembelajaran
  • Menyediakan sumber dan sistem untuk membantu dan menyokong pembelajaran
  • Kesetiaan kepada organisasi
  • Menepati masa, cekap, tepat dan mematuhi prosedur
  • Menitikberatkan kerja sepasukan dala, menjayakan aktiviti organisasi
   3. BUDAYA AKHLAK DAN MORAL
  • Sentiasa bersyukur
  • Merendah diri (tawaduk)
  • Redha dengan qada dan qadar
  • Taqwa
  • Ikhtiar dan doa
  • Mematuhi etika
   4. BUDAYA PENYAYANG
  • Keprihatinan dengan makhluk
  • Sayang diri, keluarga dan masyarakat
  • Sayang akan profesion
  • Sayang akan alam sekitar
  • Sayang akan warga dan organisasi
  • Sayang akan negara
  • Kesihatan dan Kecergasan fizikal
  • Kematangan emosi
  • Ketenangan rohani dan bertaqwa
  • Keterbukaan minda, positif, matang dan rasional
  • Persekitaran mesra
   5. BUDAYA ESTETIKA
  • Kehalusan budi
  • Keunggulan peribadi
  • Kesempurnaan kerja
  • Keindahan kebudayaan dan bangsa
  • Keindahan persekitaran
Itulah diantara serba sedikit nilai yang dapat dipupuk apabila kami berada di IPG..Jadi, kepada adik-adik lepasan SPM yang berminat hendak menjadi guru bolehlah memohon untuk sambung belajar di IPG kerana guru-guru lepasan IPG sering menjadi rebutan sekolah-sekolah kerana kualiti yang mereka tonjolkan...
Setakat ini sahaja coretan yang dapat saya kongsikan pada hari ini.
Semoga berjumpa lagi.....

1 ulasan: